Senin, Oktober 31, 2011

Teknologi Robot Turki Utsmani


Alamet adalah sebuah robot yang dibina pada tahun 1889 oleh empayar Turki Uthmaniyah. Ia diberikan sebagai hadiah dari Istana Uthmaniyyah kepada Maharaja Jepun selama tempoh pemerintahan Sultan Abdul Hamid II.

Rekabentuk Alamet mirip seakan bentuk manusia, dan robot itu hampir sama saiznya dengan manusia. Ia memiliki pemain suara yang mampu melaungkan azan (doa panggilan Islam). Alamet mengandungi arah jam yang memungkinkannya untuk melakukan serangkaian tindakan khusus: berjalan sejauh setengah meter, mempersiapkan senjatanya, busur (ruku '), berdiri, berbaring dan kembali ke tempat dimana ia mula.Beberapa gambar dari Alamet boleh ditemui dalam Yildiz di İstanbul. 
Does Japan owe its current robot technology to the robot named ' Alamet ' bestowed by Abdulhamid Han ? What is the relationship of 7 masters who built up Alamet with SEIKO Clocks ? In his Article Series, Oktan Keles SIRDAŞ is once again narrating in historical documents.

Minggu, Oktober 30, 2011

Negara Islam Pelopor Senjata Modern


Sejak zaman Nabi Nuh as, kira-kira tahun 5000 SM, hingga tahun 1400 M, persenjataan tentera di dunia hanya didominasi oleh pedang, panah, tombak, kuda dan senjata-senjata tradisional lainnya, namun tidak pernah terfikir oleh kita bahawa kaum Muslimlah yang menjadi pelopor kepada persenjataan modern.
 
Jika kita baca buku-buku teks di sekolah, para pejuang kita digambarkan kononnya berperang dengan penjajah hanya dengan penggunaan senjata tajam seperti pedang, panah, keris, atau bambu runcing, namun hakikatnya ia tidaklah se'kuno' begitu. Pada awal kedatangan Penjajah Belanda ( VOC ) iaitu sekitar abad ke-16, Belanda juga masih menggunakan tombak, pedang, panah dan hanya sebahagian saja yang memakai senapang dan menggunakan meriam. Kesultanan Demak dan Aceh ketika itu sudah pun menggunakan meriam, bahkan Kesultanan Demak pernah mendatangkan pakar meriam dari negara Cina yang beragama Islam (Zaman Dinasti Ming, politik dan ekonomi Cina dikuasai kaum Muslim), yang disuruh membangunkan persenjataan artileri seperti meriam.
 

Sabtu, Oktober 29, 2011

Misteri Kehebatan Teknologi Zaman Nabi Nuh


(bahasa : Melayu)

Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas. Firaun-firaun Mesir hanyalah membaik pulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi ia terlalu lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia. Anda boleh tonton filem 10000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini. Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.

Jumat, Oktober 28, 2011

Soekarno Ganyang Malaysia atau Ganyang Freemason ?

Malaysia telah diiktiraf oleh British sebagai sebuah negara yang merdeka pada 31 Ogos 1957. Pada 16 September 1963, pembentukan Malaysia telah terbentuk. Ia menandakan penyatuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Motif pengisytiharan kemerdekaan Malaysia ini telah dipandang dengan jauh sekali oleh beberapa orang pemimpin-pemimpin Melayu di selatan Nusantara iaitu Indonesia. Bagi mereka, penubuhan Malaysia adalah satu penjajahan bentuk baru daripada Inggeris terhadap negeri-negeri berdaulat bangsa Melayu.

Atas alasan itulah, pada tahun 1962 hingga 1966, Presiden Soekarno telah melancarkan perang terhadap Malaysia yang jika kita teliti sedalam-dalamnya, konfrontasi ini sebenarnya adalah ditujukan kepada Inggeris dan tali barutnya di Malaya pada ketika itu. Mungkin anda pernah membaca sejarah konfrontasi kedua-dua negara bangsa anak Melayu ini di dalam buku teks atau wikipedia. Namun tahukah anda bahawa, pemerintah Indonesia sebenarnya pada ketika itu, benar-benar mahu membantu orang Melayu seagama mereka di Malaya. Mereka mahu membebaskan 'semenanjung emas' ini daripada British.