Nabi
menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis.
Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman
kucing.
Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia?
Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis?
Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.
Otot
kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada
permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang
runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau
gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.
Ketika
kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya.
Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling
canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan
membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.
Kajian Yang Dijalankan
Telah
dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai
perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki,
bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan
sampel. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian
tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding
dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:
1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
2.
Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar
80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini
menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
Kuman Enterobacter Tidak Berbahaya
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.
4.
Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini
termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang
selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.
Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.
5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.
Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.
Selain
itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia
25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor
haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing
mempunyai peranti pembersih yang bemama lysozyme.
Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.
Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.
Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.
Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.
Hadis-Hadis Mengenai Kucing
Kabsyah
binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah
masuk ke rumahnya lalu dia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu
datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas dia menuangkan air di
bekas untuk kucing itu minum.
Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”.
Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?”
Kabsyah menjawab, “Ya”.
Lalu
Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak
najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang
rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan
Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan
suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air
wudhuk untukku ke dalam bekas”.
Lalu
Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun
terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut.
Melihat
kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum
lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut,
beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia
tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Diriwayatkan
dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa
hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di
rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu dia memberikan isyarat
untuk menyimpannya.
Sayangnya
setelah Aisyah selesai mendirikan solat, dia lupa adanya bubur.
Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika
Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan
bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.
Rasulullah
Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah
pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing,
(HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).
Tidak ada komentar:
Posting Komentar