"Pertanyaan malaikat kepada kita kemudian azab kubur serta nikmatnya adalah wajib seperti juga hari pembangkitan dipadang mahsyar"
(cf: Jauharatut Tauhid – Syeikh Ibrahim Laqqani / Al-Bajuri / Matan Sanusi)
Pertanyaan Munkar dan Nakir kepada kita sekalian, iaitu umat yang menerima dakwah, sama ada mukmin, munafik mahupun kafir adalah wajib. Akan tetapi terdapat juga qaul seperti qaul Ibnu Abdil Bar yang mana dia menyatakan bahawa orang kafir tidak ditanya, hanya orang mukmin dan munafik sahaja kerana terhubungnya mereka kepada Islam menurut zahimya (; sila rujuk kitabnya iaitu At-Tahmid). Namun, pendapat jumhur ulama menyalahi qaul ini.
Sifat dan Ciri Malaikat Penanya.
Kedua-dua malaikat yang datang untuk menjalankan pertanyaan di dalam kubur itu dinamakan dengan Munkar Nakir. Sebabnya kerana kedua-duanya mendatangi orang mati dengan rupa yang sangat tercela (munkarah). Sifat kedua-dua malaikat itu berdasarkan keterangan hadith adalah
· Bewarna hitam kebiru-biruan,
· Kedua-dua matanya seperti periuk tembaga, dan pada riwayat yang lain seperti kilat, serta
· suara keduanya bagaikan petir yang mana jika keduanya berbicara maka keluarlah api dari mulutnya.
· Pada tangan tiap-tiap dari keduanya terdapat gada atau palu besi yang mana seandainya dipukulkan gada atau palu itu pada gunung nescaya hancur gunung itu.
Dalam satu riwayat yang lain pula diterangkan bahawa pada tangan kedua-kedua malaikat itu terdapat tongkat kecil dari besi (mirzabah) yang mana seandainya semua penduduk Mina berkumpul untuk mengangkatnya nescaya tidaklah mereka dapat mengangkatnya.
Kedua-dua malaikat itu mendatangi orang-orang mukmin dengan baik dan akan berkata kepada siapa yang telah beroleh taufik untuk menjawabnya dengan betul, dengan ucapan:
"Tidurlah engkau sebagai-mana tidurnya pengantin !".
Sebaliknya, terhadap orang-orang munafik dan kafir, kedua malaikat itu akan membentak.
Satu pendapat mengatakan bahawa orang mukmin yang diberi taufik itu, malaikat yang datang kepadanya bemama Mubassyar dan Basyir; manakala orang kafir dan mukmin yang berbuat maksiat, malaikat yang datang kepadanya bemamaMunkar dan Nakir. Ada juga yang menyatakan bahawa bersama kedua malaikat ini ada satu malaikat yang lain lagi iaitu yang namanya adalah Nakur. Juga, ada juga yang menyatakan bahawa sebelum kedua malaikat ini datang maka akan datang satu malaikat yang bemama Ruman. Keterangan mengenai Ruman ini tidak dapat diterima kerana hadithnya adalah maudhu' (iaitu palsu).
Pertanyaan kedua malaikat itu akan dilaksanakan sesudah sempurna pengkebumian dan ketika orang-orang yang menghantar mayat ke kubur sudah pulang. Dalam satu hadith ada diterangkan bahawa orang yang mati itu akan mendengar hentakan kaki orang yang menghantamya.
"Bahawasanya hamba (الله) itu apabila diletakkan pada kuburnya, dan berpaling daripadanya oleh sahabat-sahabatnya, dan bahawasanya mendengar ia akan derap-derap bunyi kasut-kasut mereka itu (ya'ni bunyi derap kasut sahabat-sahabatnya yang beransur pulang setelah menghadiri pengkembumiannya) apabila datangkan dia oleh dua Malaikat (ya'ni apabila dia didatangi oleh dua Malaikat iaitu Mungkar dan Nakir)."
Mengikut pegangan jumhur ulama’, sesudah sempuma pengkebumian, Tuhan akan mengembalikan roh kepada sekalian badan. Keterangan ini adalah zahir hadith. Syeikhul Islam Ibnu Hajar (رحمه الله تعالى) menyatakan bahawa roh itu akan dikembalikan kepada setengah badan yang paling atas saja.
Maka, dengan keterangan ringkas di atas sudah memadai kita katakan bahawa orang yang berkata bahawa yang ditanya itu adalah badan tanpa roh telah keliru, sebagaimana kelirunya orang yang berkata bahawa yang ditanya adalah roh tanpa badan, kerana roh dan badanlah yang akan ditanya. Akan tetapi, walaupun roh telah kembali ke badan, tidaklah ternafi (atau hilang) sebutan mayat ke atas mayat itu kerana hidupnya ketika itu bukanlah hidup yang sempuma melainkan perkara yang pertengahan antara hidup dan mati, sebagaimana menengahi oleh tidur di antara keduanya (iaitu hidup dan mati itu).
Jadi, dengan keterangan di dalam perenggan di atas tadi, jelaslah bahawa tidak ada sebarang pertentangan dengan keterangan ayat iaitu (Surah Fathir, ayat 22) :
﴿ وَمَا يَسْتَوِي الأَحْيَآءَُ وَلاَ الأَمْوَاتُُ (ج) إِنَّ اللَّهَ يُسْمِعُ مَن يَشَاءُ (صلى) وَمَآ أَنتَ بِمُسْمِعٍ مَّن فِي الْقُبُورِ ﴾
Maksudnya::
"Dan tidaklah sama orang-orang yang hidup dengan orang-orang yang mati. Sesungguhnya (الله) – menurut peraturan kejadian-Nya – dapat menjadikan sesiapa yang dikehendaki-Nya mendengar, dan (engkau wahai Muhammad) tidak dapat menjadikan orang yang di dalam kubur mendengar."
Untuk makluman, ayat ini sering dipetik oleh segolongan sufaha’ (ya’ni golongan bodoh dan kurang berilmu daripada kalangan profesional dan ilmuan agama moden umat Islam) yang menyatakan bahawa bacaan talqin ke atas mayat itu tidak memberi apa-apa faedah kepada si mati. Jika para pembaca sekelian masih ingat, ayat ini saya sudah jelaskan sebelum ini iaitu (dengan keterangan tafsir sebagaimana berikut) :
"Dan (demikianlah pula) tidaklah sama orang-orang yang hidup (ya'ni orang-orang yang hidup hatinya dengan iman) dengan orang-orang yang mati (ya'ni orang-orang yang mati hatinya disebabkan sikapnya tetap degil di dalam kekufurannya). Sesungguhnya (الله) – menurut peraturan kejadian-Nya – dapat menjadikan sesiapa yang dikehendaki-Nya mendengar (ajaran-ajaran kitab (الله) serta menerimannya), dan (engkau wahai Muhammad)tidak dapat menjadikan orang yang di dalam kubur mendengar (dan menerimanya) (nota:: dari ayat ini hingga ayat 26, memberi semangat kepada junjungan kita Nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم) supaya berjuang terus menegakkan Islam dan jangan menghiraukan tentangan-tentangan orang-orang yang engkar)."
Jelaslah di sini, mereka tidak tahu mentafsirkan dan melakukannya barangkali secara dzahir atau kehendak hati mereka. Murad atau yang dikehendaki dengan (الموتى) dan (من) di sini adalah orang kafir, bukannya orang mati, iaitu kaedah isti'arah (استعاره) di dalam ilmu ushol tafsir. Juga, saya merasa amat hairan juga apabila mengenangkan orang berkenaan menyatakan bahawa salah satu bidang ilmu kemahirannya ialah Ushol Tafsir di samping sedemikian banyak lagi ilmu agama yang dikuasainya. Akan tetapi, beliau jelas jahil lagi berdengong dalam medan ini. Maaf kerana bahasa saya ini. Bukanlah tujuan saya untuk merendahkan kredibilitinya tetapi saya semata-mata terpaksa berkeras dengan golongan yang demikian, yang mendabik dada seolah-olah alim berar tetapi zahirnya nampaknya sebenarnya beliau tidak demikian.
Seterusnya, datanglah kepada mayat itu sebahagian panca indera, akal dan ilmu, yakni sesuatu yang akan menyebabkan dia mengerti terhadap pembicaraan serta menyebabkan dia mudah dalam memberikan jawapan.
Keadaan danpada orang-orang yang ditanya itu berbeza-beza. Di antara mereka ada yang ditanya oleh dua malaikat sekaligus sebagai pemberatan ke atasnya dan ada pula yang ditanya oleh salah satu sahaja daripada keduanya sebagai keringanan ke atasnya.
Ada diterangkan bahawa salah satu dari kedua malaikat itu akan berada di bawah kedua kaki si mayat sedangkan yang lain disebelah kepalanya dan dia akan ditanya satu kali, sedangkan pada hadith Asma' dia akan ditanya tiga kali.
Menurut satu qaul dari Jalaludin as-Sayuti (iaitu Imam Sayuti) bahawa orang yang mukmin ditanya selama 7 hari sedangkan orang yang kafir ditanya selama 40 hari. Dan kedua malaikat tersebut akan menanya setiap orang dengan bahasanya sendiri atas qaul yang sahih. Hal ini juga berkaitan dengan dasar pengambilan melakukan amalan kenduri sunat (dari satu hingga 7 hari) yang saya fikir dilakukan dengan ikhlas oleh sesetengah golongan daripada umat Islam kita di sebelah sini; yang mana hal ini juga dibidaahkan oleh golongan sufaha’ yang saya sebutkan sebelum ini. [ Keterangan berkenaan kenduri sunat ini memerlukan huraian yang berasingan yang mana saya akan lakukan, (ان شاء الله تعالى) di masa akan datang. Saya tidak mahu mencampur adukkan keterangan sehingga huraiannya nanti meleret-leret sehinggakan mencederakan maksud asal rencana atau artikel penjelasan masalah pertanyaan munkar dan nakir dan azab dan nikmat kubur yang menjadi inti utama artikel atau makalah ini. ]
Qaul Imam Sayuti di mana pertanyaan di dalam kubur itu dilakukan dengan bahasa seseorang itu sendiri bersalahan (berbeza) dengan orang yang berkata bahawa pertanyaan itu dengan bahasa Suryani (iaitu bahasa kitab Zabur(psalm)). Oleh sebab itulah maka sebahagian ulama berkata:
"Dan di antara keajaiban sesuatu yang terlihat oleh dua mata bahawa pertanyaan kubur itu menggunakan bahasa Suryani. Telah berfatwa dengan ini qaul oleh guru kita Al-Bulqini dan tidaklah aku ada melihat orang lain mengikuti dengan mata kepala sendiri."
[ Nota, ”ini qaul” yang diitalik dan dihitamkan diatas bermaksud dengan qaul ini iaitu qaul Al-Bulqini. Saya minta maaf kerana saya melakukan terjemahan dari bahasa Arab, bukan masalah bahasa Malaysia. Akhir-akhir ini ada juga pihak yang hendak mencerca saya dengan menjadikan gaya penulisan artikel-artikel agama saya yang kebanyakannya dipetik daripada kitab-kitab Arab yang muktabar, sebagai contoh kelemahan bahasa saya. Saya bukan ulama’, tetapi jangan bermusuhan dengan ulama’ kerana mereka (yang hak) adalah golongan yang dikurniakan kelebihan dapat memberi syafaat di hari pembalasan. Kebanyakan teguran mereka adalah sebab bimbangkan akan orang yang ditegur, bukan sebaliknya. ]
Seseorang mayat itu akan ditanya meskipun bercerai-berai anggota tubuhnya, atau bahagian-bahagian dalam tubuhnya telah dimakan binatang buas. Adalah amat mudah bagi Allah untuk mengembalikan roh mayat itu ke dalam anggota-anggota tubuhnya itu meskipun sudah bercerai-berai kerana kekuasaan Allah itu patut atau layak untuk yang demikian. Jadi hal ini adalah keterangan syara’ bukannya keterangan logik aqal. Terdapat kemungkinan bahawa Allah akan mengembalikannya sebagaimana keadaannya yang asal.
Jika segolongan makhluk mati sekelompok dalam satu waktu dengan ikiim yang berbeza-beza, maka menurut Imam Qurthubi zat kedua malaikat itu boleh saja dibesarkan dia akan mengajak bicara makhluk yang banyak tersebut dengan sekali bicara. Sebaliknya menurut Al-Hafiz as-Suyuti bahawa ada kemungkinan berbilanglah malaikat yang dipersiapkan untuk yang demikian itu, dan Syeikh Hulaimi mengikuti pendapat ini sebagaimana yang disebutkan di dalam kitabnya iaitu Al-Manaahij:
"Dan yang menyerupai pendapat tersebut adalah bahawa malaikatus soal itu merupakan satu kelompok yang besar dimana sebahagiannya dinamakan Munkar dan yang sebahagiannya lagi dinamakan Nakir, lalu kepada tiap-tiap mayat diutus dua orang saja dari mereka".
Beberapa hadith yang menerangkan tentang kaifiyyat soal jawab adalah berbeza-beza sebagaimana dikatakan oleh Qurthubi. Di antara mereka ada yang ditanya tentang sebahagian iktikadnya dan ada pula yang ditanya tentang seluruh iktikadnya.
Ibnu Abbas (رضى الله عنهما) menyatakan bahawa mereka akan ditanya tentang dua kalimah syahadat; tetapi menurut Ikrimah (iaitu seorang Tabi’i) mereka akan ditanya tentang iman dengan Nabi Muhammad s.a.w. dan tentang urusan tauhid.
Ada riwayat menerangkan bahawa kedua malaikat itu akan berkata:
”Apa engkau katakan pada laki-laki ini (maksudnya Nabi Muhammad)".
Kedua malaikat itu mengatakan demikian tanpa penghormatan dan pengagungankepada orang berkenaan walau apapun jawatannya di dunia. Tujuannya adalah agar dapatlah terlihat perbezaan antara orang yang benar imannya dan orang yang ragu-ragu. Orang yang benar imannya akan memberikan jawapan yang tepat sedangkan orang yang ragu-ragu akan berkata:
"Aku tidak tahu!"
maka celakalah orang itu selama-lamanya.
Pertanyaan ini adalah khusus dengan ummat Muhammad. Tapi ada dikatakan bahawa tiap-tiap Nabi beserta ummatnya adalah seperti itu juga. Pertanyaan inilah yang merupakah ain (iaitu satu bentuk) daripada fitnah kubur. Ada juga dikatakan bahawa fitnah kubur itu adalah keadaan talajjuj (iaitu ragu-ragu) dalam menjawab. Ada juga dikatakan bahawa fitnah kubur itu adalah hadimya iblis di salah satu sudut kubur sambil menunjuk kepada dirinya sendiri serta menuntut dari si mayat agar menjawab bahawa dialah (iaitu iblis sebagai) Tuhan orang yang ditanya ketika malaikat bertanya:
"Siapakah Tuhanmu?".
Pertanyaan kubur ini dikecualikan kepada orang-orang yang telah disesuaikan dalam hadith bahawa tidak adanya pertanyaan dikenakan untuk mereka, iaitu seperti:
1) Para Nabi. Yang hak bahawa mereka iaitu para Nabi tidak akan ditanya. Satu pendapat mengatakan bahawa mereka akan ditanya tentang Jibril dan wahyu yang diturunkan kepada mereka. Yang lebih afdhal dan lebih layak bagi kita ialah soal pertanyaan terhadap junjungan agung para Nabi tidaklah layak untuk dikhilafkan.
2) Shiddiqin yakni orang-orang yang selalu bersifat jujur dan benar di dalam setiap perkataan dan pengkhabaran.
3) Syuhada' yakni mereka yang tergolong mati syahid.
4) Muraabithin yakni mereka yang selalu tekun menjalankan ibadah.
5) Orang-orang yang sebahagian besar waktunya di pergunakan untuk membaca setiap malam, baik dia membacanya ketika tidur atau sebelum tidur akansurah As Sajadah menurut pendapat sebahagian ulama.
6) Orang yang mati dengan sebab taun atau yang selainnya pada zamannya dalam keadaan sabar dan ikhlas.
7) Orang yang meninggal pada malam Jumaat atau siangnya. Untuk pengetahuan, Jumaat itu bermula selepas ’Asr hari Khamis, dan tamat apabila masuk waktu ’Asr hari Jumaat.
Qaul yang rajih (iaitu qaul yang lebih kuat dari segi dalilnya adalah) bahawa selain para nabi dan syuhada' dalam peperangan adalah ditanya dengan pertanyaan yang ringan.
Juga, sebagaimana telah dimantapkan akan qaulnya oleh Jalaludin as Suyuti serta yang para ulama’ besar yang lainnya, bahawa pertanyaan di dalam kubur itu adalah khusus untuk orang-orang mukallaf (sila teliti keterangan mukallaf yang banyak kali sudah saya buat sebelum ini). Dengan anak-anak (iaitu yang belum mukallaf), maka tidaklah mereka akan ditanya.
Juga, tidak ada pertanyaan akan dibuat kepada malaikat. Akan tetapi, soal pertanyaan ke atas jin telah dijelaskan dengan mantap oleh Al-Jalaludin as-Suyuti bahawa adanya pertanyaan pada mereka disebabkan mereka itu terkena juga dengan taklif.
Dan hikmah dari pertanyaan itu adalah menampakkan apa-apa yang telah disembunyikan oleh para hamba di dunia berupa iman, kufur, taat atau maksiat. Maka orang-orang mukmin yang taat akan menjadi kebanggaan Allah di hadapan para malaikat dan sebaliknya orang-orang yang selain mereka akan dibuka pekong dan kesalahannya, juga di hadapan para malaikat.
Keterangan berkenaan masalah ini akan dihuraikan lagi dalam bahagian yang akan datang. (ان شاء الله تعالى). Juga, banyak ayat dan hadits, saya tidak kemukakan matannya untuk cepat menulis. (ان شاء الله تعالى) saya akan berikan pada masa akan datang.
Sebelum menutup kalam kali ini, suka saya mendatangkan satu riwayat yang menerangkan bahawa (الله سبحانه وتعالى) pemah mewahyukan kepada Musa (عليه السلام):
"Pelajarilah kebaikan dan ajarkan dia kepada manusia ! Maka sesungguhnya Aku akan menyinari bagi pengajar dan penuntut ilmu akan kubur-kubur mereka sehingga tidaklah mereka merasa kesepian pada tempat mereka itu".
Dan satu riwayat dari Umar (رضى الله عنه) menyebutkan bahawa:
"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada masjid-masjid Allah maka Allah akan member! pula baginya lampu penerang di dalam kuburnya. "(Sumber:Roudhah.Net)
sangat menerikan, semoga kita diselamatkan dariazab kubur
BalasHapus